Don’t judge a book by its cover

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

download

Pepatah menyebut: Don’t judge a book by its cover. Ya, jangan menilai sesebuah buku hanya melalui kulitnya. Boleh jadi sesebuah buku itu luarannya buruk, namun di dalamnya penuh dengan isi-isi yang bermanfaat. Boleh jadi sesebuah buku itu luarannya cantik, namun di dalamnya penuh dengan isi-isi picisan dan khurafat. Ini hanya gambaran bagi memudahkan pembaca faham apa yang ingin di sampaikan.

images

Ramai dikalangan masyarakat kini suka menilai sesuatu ataupun seseorang dari segi rupa luaran seperti rupa paras,bentuk badan, cara berpakaian, cara berjalan dan cara percakapan dan ramai juga  orang suka buat andaian (assume) terhadap personaliti orang lain. walaupon tak pernah kenal kita yang sebenar, mereka akan assume kita macam ini dan macam itu. kadang-kadang orang akan nilai dari apa yang kita tulis (dalam blog), mungkin juga dari segi percakapan kita dalam Yahoo Messenger (YM) atau pon dalam web-web seperti facebook dan lain-lain. pokoknya, orang akan menilai dari sudut luaran seseorang itu tanpa menilai dalaman mereka.

Ada satu pepatah melayu yang kita selalu dengar, “jika tak kenal maka tak cinta”. mengikut pepatah ni pon kita dah boleh fikir bahawa kita tak boleh menilai seseorang dari luaran mereka sahaja, kena la kenal dulu orang tu baru boleh nilai apa-apa sahaja yang terlintas dihati, sebab hati kita lain-lain, tak mungkin jika seorang tu suka pada kita dan orang lain akan turut suka sama, macam quotes bahasa inggeris tu la “beauty is in the eye of the beholder”, dulu pernah menulis berkaitan dengan benda ini maka malas nak membebel lagi panjang.

judge

Pada pendapat aku, tak semestinya seseorang yang berwajah garang itu jahat dan tak semestinya seseorang yang berwajah ‘innocent’ itu baik. Sebelum kita menilai diri seseorang itu, kita patut tanya dan tengok diri kita adakah kita sudah cukup sempurna? Setakat ‘HOT’ di dunia tak kemana tuan-tuan dan puan-puan. Kita tidak layak untuk menilai dan mengutuk seseorang individu.

Yang pakai baju serabai, rambut messy sikit kau cakap drug addicts. Padahal kau tak tahu yang dia ada syarikat sendiri. Asal nampak makcik pakai baju kurung masuk boutique kau, kau malas nak layan, kau kata dia takde duit, kau tak tahu yang dia tu title Datin, dengan boutique kau dengan kau pun dia boleh beli, perlukah pakai cantik-cantik masuk boutique kau tu?

Janganlah tanpa usul selidik kita terus meminggirkan seseorang itu. Kaji dulu perjalanan hidup mereka, kenali mereka, barulah kita tahu situasi yang sebenarnya. Boleh jadi juga seseorang itu berpenampilan biasa-biasa sahaja kerana dia seorang yang mengamalkan sikap ‘humble’ &’very down to earth’ kerana dia seorang yang mewah tetapi tidak mahu menunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

 

 

Akhir kata memetik dari :  QURAN dan BIBLE.

 

BIBLE. :Baca:  Matius 7:1-5

“Karena dengan penghakiman yang kamu pakai untuk menghakimi, kamu akan dihakimi dan ukuran yang kamu pakai untuk mengukur, akan diukurkan kepadamu.”  Matius 7:2

 

 

QURAN :

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahgiannya adalah dosa.” (12 : al-Hujurat)

 

Bukanlah ustaz tetapi orang yang sentiasa berfikir akan kebesaran Allah..

Wassalam..

2 thoughts on “Don’t judge a book by its cover”

Leave a comment